Tahun
pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum
pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke
langkah pertamanya.
1 Bulan
• Membawa tangan ke arah mata dan mulut
• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
• Memandang ke muka anda
2 Bulan
• Tersenyum
• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur pada kebanyakan masa
• Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut
3 Bulan
• Menutup dan membuka tangan
• Mencapai objek atau permainan
• Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka
4 Bulan
• Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa
• Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap "Booo" atau "Baaa"
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali
5 Bulan
• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah
6 Bulan
• Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi seperti "ga", "ba" dan "ma"
• Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
• Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.
7 Bulan
• Duduk tanpa sokongan
• Memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri
• Boleh bermain "baaa.. cakkk!!"
• Seronok bermain
• Bertindakbalas terhadap perkataan "tidak"
8 Bulan
• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
• Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
• Makanan bayi boleh dilenyek.
9 Bulan
• Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil
• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh
10 Bulan
• Merangkak dengan laju
• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti bayi mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah
• Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
• Makanan boleh dicincang halus
11 Bulan
• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
• Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
• Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki
12 Bulan
• Mula berdiri tanpa sokongan
• Berjalan selangkah dua
• Duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" terhadap orang yang betul
• Minum menggunakan cawan
• Menepuk tangan
• Melambaikan tangan
Sumber : http://mummies.heavenforum.com/t25-carta-perkembangan-bayi
13/6/12 nih...genap la en aaron 5 bulan...wah...sekejap je kan...aaron dh selalu masukkan kaki dalam mulut...owhh no....aaron nk adik ker...aaron sangat baik dikala abang adam dia dok melasak...aaron seorang manusia yang sabar dan pandai bercakap...adam bukan nya tak sayang aaron..tapi terlebih baik...dia nak peluk...nak dukung aaron...tapi kasar bukan main...hoho...ye la..dia bukan tau erti berlembut lagi...heee...
adam memang nampak la sayang kat aaron...sikit2 nak peluk cium aaron...dak aaron terkebil-kebil kena gomol ngan abang...dalam sayang2 adam tu...pandai jugak nak kedekut...barang paling kedekut adalah bantal busuk...huhu...owh adam sebenarnya takde bantal busuk...dia suka sarung busuk...ape aje bantal yang disarungkan dengan sarung busuk tu...dia anggap sebagai bantal busuk..hu....sangat kelakar first time ibu jumpe budak camni....
ok..berbalik kepada aaron yang sangat pandai bercakap...pandai sangat nak bersembang....suke sangat kalau bersembang ngan aaron...bak kate mak tok..ade skit perwatakkan nabi harun yang pandai berpidato..aha...sedikit sebanyak memberi nama kepada anak memberi sedikit kesan...aha....
dak aaron ni pantang la nampak kelibat ibu dia...bukan main mengada lagi...tetiba dari dok diam terus menangis mintak dokong...huuuu....tak macam adam..kalu ibu lalu wat tak nampak....aaron ni before tido mesti nak kena bau ketiak ibu yang masam...kalau tak bau masam ni, tak tido la aaron...
aaron tak suke tido ngan ayah...agaknye ayah dia busuk masam kot...huuu...hakikatnya bau masam susu kat ibu ni yang aaron suke....heee....sebabkan aaron dah sepenuh masa jadi baby manja ibu...so si adam dah tentu la baby manja ayah...pantang nampak ayah dia bangun...mule la tergedik-gedik dia nak ikut...menangis2 mengade....hu....
cukup la setakat ni...cite yang takde la nak best sangat...banyak sebenarnya nak story...tapi 4hari 4 malam tak abis menaip agaknye...
ibu sayang aaron & adam...sayang berdua nih...tak kisah la manje ayah or ibu!
l0ts of ♥,
ibu muhammad
No comments:
Post a Comment